Rabu, 9 November 2011

Akhirnya...."kasih hati"

Ya allah dah berbulan2 aku lupa paswood akhirnya hari ni tetiba jer teringat....mcm ajaib jer ingatan ni...ishhh..ishhh..xtau nk story mcm mn....hihi..kelakar pun ada....

Selasa, 8 Mac 2011

Layan jer....

Dalam hidup,sering kali kita lebih banyak mendapatkan apa yg tidak kita inginkan.Dan ketika kita mendapatkan apa yg kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa apa yg kita inginkan terkadang tidak dapat membuatkan kita bahagia...

Cinta yg penuh kedukaan adalah lebih indah daripada cinta yg penuh kemesraan,kerana disebalik kelukaan terbentang kebahagiaan...

Jgn pernah mengucap selamat tinggal,jika kamu masih mencuba.Jgn pernah menyerah,jika kamu masih merasa sanggup.Jgn pernah menyatakan yg kamu tidak menyintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada org yg pernah melukai hati kita.Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita dapat mengubati hati yg terluka...

Cinta  perlukan pengorbanan,Cinta perlukan kekuatan,Cinta perlukan persefahaman,Kerana cinta penuh dengan dugaan.

Tiada gunanya cemburu jika aku seorang sahaja merasainya...

 Pergiku bukan bererti melarikan diri,Ku pergi mencari siapa sebenarnya diriku  ini.Ku ingin mencari apa yg sebenarnya ada dalam jiwaku ini.Aku mahu mencari erti sebenar mencari cinta dan menyintai..

Amat mudah memadamkan api yg sedang marak,tetapi sukar untuk memadam api kemarahan dalam diri..

Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan kesenangan kepada org lain,berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada org lain ..

Bermimpilah tentang apa yg kamu impikan,Pergilah ke tempat-tempat yg kamu ingin pergi.Jadilah seperti yg kamu inginkan,kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan  hal-hal yg ingin kamu lakukan..









Sabtu, 5 Mac 2011

Mama & Abah Pergi Umrah Bersama ...

Hari ni dah 3 hari mama & abah menunaikan umrah...syukur sgt bila hari ke dua dorg kat sana mama ada fon bgtahu dorg sihat...lega ckit rasa hati ni..td pas mgrib abah plak fon tanya kn khabar anak2 kat cni..rasa mcm lambat lagi mama,abah nk balik..sepanjang mama xde ni kena la dok kat kpg jg umh la kata kn...

Dah Lama Tak Bercerita...

Rasanya dah lama tak bercerita serba sedikit tentang diri ni....rasa rdu plak nk coret kat kat cni...Rasanya dekat 1 bln badan ni tak sihat sebetulnya....bln 2 ni saja dekat 4 hari mc....dugaan btl...tp bersyukur sgt aku mampu mghadapinya seorg diri...walaupun sakit2 tp masih mampu bagun pergi klinik seorg diri...berdikari la kata kn...habis nk harap sapa lg...ada pun mcm xde jer...mcm tak kisah ...xpe la dah rezeki mcm tu terima jer la...wat apa nk merungut...jnji bahagia...apa pun aku tak kisah sgt....berdiri dibawah tapak kaki sendiri lebih baik dari mengharap pertolongan org lain yg belum tentu sudi....

Jumaat, 11 Februari 2011

Minggu Yg Membosankan...huhuhu....

Buat keja semua tak kena minggu ni...walaupun kepenatan dgn function terakhir tp bila balik jer umh rasa bosan sgt..mcm ada jer tak kena..Sebelum tdo asyik fikir bukan-bukan jer walaupun mata dah tak larat nak buka tapi hati ni asyik berkata-kata jer...Ini lah yg dikatakan dugaan hidup...hidup yg tak seindah yg kita harapkan...kadang-kadang mentari tak secerah yg kita impikan...Perlukah salahkan diri sendiri jika sinarnya tidak lg menerangi hidup..kerana cahayanya semakin pudar..adakah takdir yg harus dipersalahkan....Tepuk la dada...tanya lah hati...jika hati berkata-kata pasti akan muncul jawapan yg kita cari....insyakallah jika hari ini kita menitiskan air mata kerana kecewa esok pasti kita akan tersenyum gembira kerana Allah tu maha adil..


Perutku Yg Asyik Meragam Dekat 1Minggu Dah..

Tention betul dah 1 minggu perut ni meragam jer...kejap-kejap sakit..kejap-kejap ok.Apa kena la dengan perut ni..malam-malam jer mesti sakit...kadang-kadang nk tdo pun susah..Ada lah1 hari tu aku balik keja perut punya la sakit sangat pada masa yg sama aku dahaga,bila buka je peti ais nampak buah limau aku apa lg terus la kupas limau tu..makan sampai habis.lepas tu apa lagi padan la muka aku..memulas-mulas.Last sekali ambil minyak angin sapu,terus tdo....Tapi sakit perut jgn main-main leh wat kita menitiskan air mata jika terlalu sakit...Tp skrg kurang la cikit...malam ni xtau la mcm mn plak..


muka budak sakit perut...huhuhu..cian betul la!!

Rabu, 9 Februari 2011

Kepenatan...&...Keletihan

Penat giler mgu ni...terkejar sana...terkejar cni...Ni gara-gara plan tukar last minit la ni.Aduh...bikin gawat jer,last sekali aku yg kepenatan.Mgu ni asyik tdo awal jer..penat sgt,kdg-kdg bila bangun pagi rasa mcm xcukup tdo jer.Dugaan betul!!Gara-gara nk wat yg terbaik utk semua org aku yg keletihan.Skrg ni aku dah xkisah org nk ckap pe pun janji kerja aku siap...lantak la nk complain apa pun...manusia ni selagi boleh bercakap dia bercakap..nnt dah penat nk ckap dia dia la tu....Kata adam"manusia dgn manusia xleh mengamuk-mengamuk".
kadang-kadang ada btlnya gak kata anak sedara ku syg tu.....Nk melalui hari esok yg lg memenatkan...ahhhh...tak sanggup rasanya....tgk la pasni mesti aku demam punya...selalunya lepas function mesti demam...tu la kj kuat sgt...padan muka aku!!Tak lama lg dah nk letak jawatan lega rasanya...arap2 tahun ni nama aku xtercalon la...kalau x letih lg...huhuhu